Rabu, 18 Januari 2017

TOKOH-TOKOH PENENTANGAN DI PAHANG

 

Dato' Bahaman- Pejuang Negeri Pahang

Assalamualaikum
Nama sebenar: Abdul Rahman  bin Iman Noh
-dianugerahi gelaran orang kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
-diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor
-dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera
-Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang 


FAKTOR PENENTANGAN


a) Hilang Hak Mengutip cukai
- Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut hasil di daerah Temerloh.

-Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh. 

b) Pembinaan Balai Polis
-pegawai british iaitu E.A. Wise mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua tanpa berunding dengan dato’ Bahaman.

-konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius

-Dato’ Bahaman menganggap tindakan British sebagai penceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya

c)Pelucutan Gelaran
-Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderharka kerana enggan mematuhi arahan british.

-British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahalwan Semantan

-tindakan British memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang.


PERISTIWA PENENTANGAN

16 Disember 1891
- British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran.

-Tindakan  British menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua

-Peristiwa ini mencetus peperangan.
 
26 Disember 1891
-Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi

-Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura

Januari 1892

-British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang (Gerakan sultan – J.P Rodger)

British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10000 butir peluru

-Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan Berjaya menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong.


Mac 1892
-British menyerang Lubuk Terua sekali lagi

-Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu.

-Di Terengganu ulama ‘Tok ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.

14 Jun 1894
-Dato’ Bahaman  dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

-British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai.

-Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan.

-Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.



KESAN PENENTANGAN

-Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British.

-Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotism oleh pahlawan Pahang.

-Kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894.

-British terpaksa menanggung hutang yang banyak.

-Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut



CATATAN DAN KISAH AKHIRNYA

Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementera dua orang pejuang lagi telah meninggal dunia di (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke kampung Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu.Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kampong Aur Rompin, Tanjung Medang, Kampung Pasir Panjang, Kampung Batu Tering Pekan, Kampung Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak ketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kampung Peramu sehingga kematiaanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan